Wednesday, 30 January 2013

Domain dot my dah kembali pulih.

Assalamualaikum w.b.t. Bagi pengguna domain dot my yang berduka cita sebab domain bermasalah sebelum ni, korang boleh kembali ceria sebab rasanya domain .my dah okay dah. Tadi aya ternampak dari blog paly.my post pasal domain.my macam dah okay. So, aya cubalah bertukar balik dari blogspot.com ke domain.my then try view. Taddaaa.. Memang takde masalah dah nak view. Tadi pun aya dah suruh kawan aya tolong view blog aya, dia cakap dah okay dah. All the best for you all juga ye.


Monday, 28 January 2013

Dana 1K untuk Business Online


Program 1 Get Malaysian Business Online
1, get, malaysian, business, online, dana, membantu

Hai. Berita baik untuk usahawan “online business”  kerana program Get Malaysian Business Online yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri telah dilancarkan bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak. 
Untuk memohon, sila klik https://gmbo.skmm.gov.my/
Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi. 
Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi  syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:
i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.