Assalamualaikum w.b.t.
Kalau sebelum ni aya post pasal cara tambah berat berat, sekarang tips untuk korang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan. Antaranya ialah:
1. Nikmati sarapan pagi: Selepas korang bangun pagi, seeloknya bersarapan supaya dapat mengelakkan daripada asyik rasa nak makan je sepanjang hari. Rutin bersarapan awal, sekurang-kurangnya jam 7.30 pagi boleh menurunkan sekitar 100 kalori.
2. Menu berprotein di waktu pagi: Bersarapan dengan makanan yg kaya protein sebab protein boleh mengurangkan rasa lapar. Protein dari sumber telur, tauhu dan kekacang merupakan nutrisi terbaik untuk buat korang rasa kenyang.
3. Gantikan dengan teh: Penggemar teh yg minum 4 cawan teh hitam setiap hari dapat menurunkan hormon penyebab stress sehingga 20%!. Selain tu kan, teh jugak dapat membantu membakar kalori sebanyak 266 kalori setiap hari.
4. Kunyah makanan dengan lama: Cara ni dapat memberi kesempatan kepada otak untuk merasa nikmat makanan yg masuk ke dalam mulut dan secara automatiknya dapat mengurangi 10% kalori daripada makanan yg dimakan.
Amalkan cara hidup yg sihat supaya kekal cantik. Bye2. (◕‿◕✿)
Lagi Tips Cantik dan Sihat Di Sini.
November and Disember Haul of 2015!!!
8 years ago
0 comments:
Post a Comment