Thursday, 7 March 2013

Review: Aiken 100% Tea Tree Oil


Korang ada masalah jerawat? Jerawat yg tak diundang dan bertapak kat muka berminggu-minggu? Siap bawak kawan-kawan dia sekali bermastautin kat muka korang? Jom baca entry aya ni. Just to help mana tau boleh tolong korang atasi atau kurangkan masalah jerawat di muka. 

The story is lately ni tetibe je muka aya ditumbuhi jerawat yg banyak. Mula-mula aya biarkan je, tapi malangya jerawat semakin bermaharajalela pulak. Dah surut yg satu, yang baru pulak tumbuh. Then aya pun bercadang nak beli Rosa T untuk surutkan jerawat aya. Aya pernah guna Rosa T ni setahun yg lepas. This product is quite okey tapi takla hebat sangat. So aya pergilah Watsons nak cari Rosa T. Malangnya tak jumpa. Then terjumpa la dengan 100% Tree Tea oil by Aiken. Murah teramat. Harga RM12.90, tapi ada diskaun dapat RM10.90 je untuk 10ml. 

Gambar pinjam sbb malas nk snap. :D
Disebabkan harga yg sangat murah, jadi aya pun tak mengharapkan resultnya gempak. Aya pakai la macam biasa, just dap2 kat bahagian jerawat atau sapu kat tempat yg berpotensi ditumbuhi jerawat. Then, bangun pagi keesokan harinya, perkara pertama yg aya buat, tegok cermin (*rutin harian setiap kali bangun tidur), dan WOW, semua jerawat kecut, dan yg baru nak tumbuh, terus takde kesan. Memang sangat best. Pastu bila pakai, rasa sejuk je, dan tak berapa oily. Cuma bau tea tree oil tu agak kuat.

*update. Sebab sekarang susah dah nak cari produk ni, aya consume satu vitamin ni. Vitamin C Rosehip. Ya Allah. Memang best sangat2. Korang tahulah parut memang super degil kan. Tapi bila aya makan vitamin ni tak sampai 2 minggu je, parut kt muka & seluruh badan semakin hilang. Yg bonusnya  kulit cerah seluruh badan. Cuba tengok instagram (sheera.aya), aya ada share banyak testimoni biar ramai-ramai boleh cantik. Atau boleh terus whatsapp +6019-3622941.




Sekian kisah jerawat aya. Semoga dapat memberi manfaat. Sorry sebab tulis macam nak cepat-cepat sebab aya kena jaga online shop aya pulak. Bye2^-^

Saturday, 2 March 2013

Courier service yang mana pilihan online shop aya?


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dah masuk bulan ketiga online shop aya perkongsian dengan my sis beroperasi. Setakat ni keuntungan tak banyak mana sebab kami tawarkan harga memamg super murah. Tapi takpe la kan, seperti pepatah "Sikit sikit lama lama jadi bukit". Sudah semestinya kalau niaga secara online mesti kena pos barang kepada customer dan kita perlu bijak memilih courier service yg tip top supaya customer dapat parcel tepat pada masanya. So, aya nak kongsi sedikit pengalaman aya menggunakan tiga jenis courier service yg terdapat di Malaysia.


Poslaju: Aya gunakan pos laju untuk pos parcel kepada customer. Service 4 bintang aya bagi sebab kebanyakannya parcel akan ambil masa hanya 1 hari untuk sampai tapi ada juga kekadang 2-3 hari baru sampai. Mungkin ikut kawasan kot. Bukan semua cawangan Pos laju servisnya sama. Kalau pekerjanya berdisiplin, dia akan terus buat penghantaran selepas parcel sampai ke pejabatnya.


Skynet: Aya gunakan Skynet untuk terima stock dari pemborong aya di Malaysia. Service 4 setengah bintang sebab servis sangat pantas. Biasanya hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk sampai. Tapi malangnya, sekali ni je,hari Jumaat, aya track parcel aya dah sampai Kuantan dari Klang, tapi dia tak out for delivery lagi. Entah apa masalahnya. Mungkin pak cik yg selalu hantar parcel tu sakit kot. Huhu. Btw, Skynet mmg favorite courier service aya.
City-Link: Aya gunakan City-Link untuk terima stock dari pemborong aya di Guangzhou, China. Service 4 bintang. Biasanya akan ambil masa 3-4 hari dari Guangzhou ke KLIA, Malaysia. Then 1 hari masa diambil untuk sampai ke Kuantan. Ok lah tu kan. Not too bad. Pak cik City-Link tu peramah sangat. Customer service pun okay. Tapi dinasihatkan, kalau nak call tanya pasal parcel, call yg line Customer Service, jangan toll free sebab dia akan passing-passing dan akhirnya takde siapa yg jawab.

p/s untuk International shipping dinasihatkan guna Courier service yg siap tax line untuk elakkan kena additional charge in case barang kena tahan kat kastam :)

Jemput like dan singgah Sheera Aya Shop ye. Baju superb comel semua hanya RM29. Beli 3 percuma pos ke seluruh Malaysia. Thanks for your support ^_^

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.