Saturday 2 March 2013

Courier service yang mana pilihan online shop aya?


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dah masuk bulan ketiga online shop aya perkongsian dengan my sis beroperasi. Setakat ni keuntungan tak banyak mana sebab kami tawarkan harga memamg super murah. Tapi takpe la kan, seperti pepatah "Sikit sikit lama lama jadi bukit". Sudah semestinya kalau niaga secara online mesti kena pos barang kepada customer dan kita perlu bijak memilih courier service yg tip top supaya customer dapat parcel tepat pada masanya. So, aya nak kongsi sedikit pengalaman aya menggunakan tiga jenis courier service yg terdapat di Malaysia.


Poslaju: Aya gunakan pos laju untuk pos parcel kepada customer. Service 4 bintang aya bagi sebab kebanyakannya parcel akan ambil masa hanya 1 hari untuk sampai tapi ada juga kekadang 2-3 hari baru sampai. Mungkin ikut kawasan kot. Bukan semua cawangan Pos laju servisnya sama. Kalau pekerjanya berdisiplin, dia akan terus buat penghantaran selepas parcel sampai ke pejabatnya.


Skynet: Aya gunakan Skynet untuk terima stock dari pemborong aya di Malaysia. Service 4 setengah bintang sebab servis sangat pantas. Biasanya hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk sampai. Tapi malangnya, sekali ni je,hari Jumaat, aya track parcel aya dah sampai Kuantan dari Klang, tapi dia tak out for delivery lagi. Entah apa masalahnya. Mungkin pak cik yg selalu hantar parcel tu sakit kot. Huhu. Btw, Skynet mmg favorite courier service aya.
City-Link: Aya gunakan City-Link untuk terima stock dari pemborong aya di Guangzhou, China. Service 4 bintang. Biasanya akan ambil masa 3-4 hari dari Guangzhou ke KLIA, Malaysia. Then 1 hari masa diambil untuk sampai ke Kuantan. Ok lah tu kan. Not too bad. Pak cik City-Link tu peramah sangat. Customer service pun okay. Tapi dinasihatkan, kalau nak call tanya pasal parcel, call yg line Customer Service, jangan toll free sebab dia akan passing-passing dan akhirnya takde siapa yg jawab.

p/s untuk International shipping dinasihatkan guna Courier service yg siap tax line untuk elakkan kena additional charge in case barang kena tahan kat kastam :)

Jemput like dan singgah Sheera Aya Shop ye. Baju superb comel semua hanya RM29. Beli 3 percuma pos ke seluruh Malaysia. Thanks for your support ^_^

6 comments:

Nadia Johari said...

jual ape smpai amik dr luar negra tu..bgusnyer..

Unknown said...

@Nadia Johari jual baju, high waist panties. import dari luar sebab kt Malaysia susah nk dpt stock :)

Jemput singgah online shop aya.

https://www.facebook.com/pages/Ajimieta-Shop/507704499250650

Unknown said...

Skynet asyik2 tepon org je keje .. huhu....

Unknown said...

@Aiman Aziz ikut tempat kot. branch Kuantan okey je :)

Ibu Lala said...

Akk jarang guna kurier ni. Kalau guna pun poslaju je la yang paling senang dan murah. Klw yg len len tu mahal.

haikal kusai said...

salam.. nak tanya, antara ketiga2 courrier, berapa harga cas penghantaran semenanjung? sabah dan sarawak?

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.