Friday, 18 January 2013

Berhati-hati bila berdiet. Nanti jadi bertambah gemuk.


diet, salah, kenapa, jadi, gemuk, sebab, kalori, rendah, lemak, tak, cukup, makan

Hai korang. Tadi aya ada terbaca satu artikel kat majalah Wanita "Sebab-sebab penambahan berat badan terhadap wanita". Antara sebabnya ialah:

1. Kehamilan
2. Menopous
3. Tidak makan secukupnya
4. Memakan makanan rendah lemak.

Tapi yg aya nak point out kat sini ialah sebab yg ke-3 dan ke-4 tu. Aya ni jenis yg kurus dan tak pernah gemuk, tapi aya tahu la jugak pasal cara-cara diet yang selalu diamalkan oleh orang yg nak turunkan berat badan. 

Selalunya mereka akan makan dalam jumlah yg sangat sedikit sampai badan rasa lemah tapi malangnya tak turun pun berat badan. Sebabnya, apabila mereka tidak makan dengan cukup, metabolisma akan menjadi perlahan dan tubuh mula menyimpan lemak. So, kalori yg diambil biar sepadan dengan jumlah tenaga yg digunakan. Jangan lebih sangat, jangan kurang sangat.

Selain tu, mereka juga lebih memilih makanan yg ada label "rendah lemak" sebab sangkaan mereka rendah lemak berkesan mengurangkan kandungan lemak dalam badan. Namun begitu, makanan rendah lemak ini selalunya (*tak semua) mengandungi banyak kalori seperti makanan normal. So, kena betul-betul pandai pilih ye. 

Jadi, apa kata korang makan macam biasa, jangan stress stress, yg paling penting, JANGAN SKIP BREAKFAST dan ELAK MAKAN LEWAT MALAM. Tu je tips aya boleh kongsi dengan korang. Bye!. ^-^

3 comments:

CynthiaShin 欣倪♥ said...

Oh baruu tauu :)

fazdlie said...

Info yang bermanfaat... kalau bab-bab nak kuruskan badan ni, saya suka baca tips dari Kevin Zahri yang merupakan pakar fitness...

jaakechik said...

org lain sibuk nk kurus, jaa pulak sibuk nak gemuk...haha... bukan nak gemuk byk laa...nak up 10 kg jer lagi...hihi..

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.