1. Buah-buahan
Tidak dinafikan buah-buahan adalah makanan yang sangat disarankan pengambilannya sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan setiap hari untuk anda kekal sihat dan langsing, Tetapi jika anda tersilap pilih buah, ianya akan meyebabkan anda mengalami obesity. Kenapa? Sebab mungkin buah yang anda pilih itu mengandungi kandungan gula yang tinggi. Oleh itu, disarankan jika anda ingin menurunkan berat badan, sebaiknya ambil buah-buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi pada waktu sarapan sahaja dan selebihnya banyakkan buah-buahan yang mengandungi kandungan gula yang lebih rendah.
Di sini info tambahan untuk anda:
Buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi - mangga, pisang, durian, limau, tembikai, anggur,nenas
Buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah - lemon, nangka, kiwi
2. Gandum
Kebiasaannya, seseorang yang ingin diet akan mengambil langkah alternatif dengan menukar sumber karbohidrat daripada nasi ke gandum ( roti, biskut). Gandum asli biasanya mengandungi banyak serat tetapi tahukah anda, gandum yang diolah menjadi biskut/roti lebih tinggi karbohidrat berbanding serat.
* 2 keping roti = Sepinggan nasi. Roti memang nampak ringkas tapi jangan anda tak tahu yang ianya boleh challenge nasi. Berhati-hatilah memilih sumber karbohidrat dengan hanya mengambil gandum yang asli dan bukan yang telah diolah jika mahu diet.
3. Makanan ringan.
Sesetengah makanan ringan seperti kuih dan keropok juga adalah makanan yang sihat dan tidak menggemukkan tetapi hanya dengan 100 kalori daripada kuih dan keropok boleh memudaratkan anda. Ini disebabkan jika anda tengah on diet, 100 kalori itu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kalori yang anda perlukan sehari-hari. Kebanyakan orang yang hanya makan makanan ringan pasti akan berasa lapar dalam tempoh 2 jam seterusnya dan akan mempunyai keinginan untuk makan dan makan lagi. Dan 100 kalori itu akan menjadi berganda-ganda. Mungkin boleh menjadi 1000 kalori! Oleh itu, pastikan anda mengambil makanan yang boleh memberi tenaga dalam tempoh yang lama dengan mengikut cara yang betul DI SINI.
Baca lebih tips sihat dan cantik DI SINI.
p/s “ jika anda suka makan tengah-tengah malam, konpem anda akan gemuk”. Percayalah.Hihi.
p/s “ jika anda suka makan tengah-tengah malam, konpem anda akan gemuk”. Percayalah.Hihi.
1 comments:
Saya memang suka makan tengah2 makan, makan nasi , umur 20 tahun dah tapi still 37 kg. Hahahahhaa so tips terakhir tu xboleh pakai kat semua orang :p nice entry btw . very informative until org yg nak gemuk, makan sebaliknya hahahha
Post a Comment