♥ Nak kulit cantik & putih seluruh badan. Doctor pun recommend ♥
Assalamualaikum awak-awak sekalian. (◕‿◕✿). Aya nak kongsi satu rahsia ni. Nak tau tak?. Jom baca sekejap. Hee. Tadi kan aya baru timbang berat badan aya. Setelah beberapa lama tak timbang berat, agak terperanjat bila berat dah naik 3kg dalam masa baru sebulan lebih. Sebelum ni berat aya mantain 45/46kg, tp disebabkan kepenatan melampau time praktikal dulu, berat aya turun mendadak dari 46 kg - 41 kg. 5 kg turun. Banyak tu!!!!. Disebabkan hal tu, aya jadi tak yakin pada diri sebab ramai la kawan-kawan aya komen cakap kurus sangat. Bagi yg kurus mcm aya mesti paham perasaan tu.
Disebabkan desperate sangat nak naikkan berat badan, aya search supplement yg boleh naikkan selera makan sebab yg aya perasan selera makan aya semakin merundum terutama masa puasa dulu. Search punya search, aya terbaca artikel mengatakan yg Vitamin B-Complex boleh menolong menaikkan selera makan. Aya baca review pasal Vitamin B-complex pun ramai yg ckp bila dia consume vitamin tu, asyik rasa nak makan & makan lagi. Lagi satu, bukan setakat pasal selera makan je, Vitamin B-Complex jugak membantu penyerapan nutrien dengan lebih sempurna. So takdela nanti apa yg kita makan tu semua buang ke toilet kan. Hee. But, to mention, ada side effect bila kita consume Vitamin B-Complex tau. Apa side effect tu? Okay, bila kita makan Vitamin-B Complex kita kena rajin minum air masak sebab nanti warna urine kita akan menjadi kuning pekat. Tapi jangan risau, itu adalah perkara biasa bak kata adik aya, pharmachy student. :)
Okay, sambung cerita pasal aya search Vitamin B-Complex tu. Lepas aya dah search, aya pergilah cari vitamin tu dekat Watsons ( *my favorite drugstore ) . Selain Watsons, korang boleh juga cari di Guardian dan farmasi berdekatan. Dekat Watsons tu korang boleh jumpa banyak jenis vitamin, MultiVitamin, Vitamin C, Vitamin E dan semestinya Vitamin B-Complex. Antara vitamin-vitaman yg di-display di rak tu, yg bertuah menjadi pilihan aya ialah tadaaa --> Vitamin B-Complex Executive dari Bio-Life.
Sedikit info mengenai vitamin ni:
Harga: Rm48.90 untuk 2 botol
1 botol mengandungi 30 tablets.
Untuk dewasa, hanya telan sebiji sehari selepas makan manakala untuk kanak-kanak pula makan selang sehari sebiji.
Sesuai untuk vegetarian
Reg No: MAL20021190XCR
Untuk ingredients korang boleh rujuk kat gambar di atas ye. :)
Ehem, korang sudah semestinya nak tau kan sama ada berjaya atau tak vitamin ni menambahkan selera makan aya?. Just wanted to say, the result was really really awesome!. Sejak aya makan vitamin ni, aya asyik rasa nak makan. Baru lepas makan nasi sepinggan, boleh pulak aya makan bakso pulak, pastu makan roti lagi. Dasyat kan. Memang jadi pelahap. Agak tak sopan di situ. :). Okay, lepas dah pelahap mcm tu, confirm-confirm la berat badan akan naik kan. Tapi ingat, bersenam itu pasti. Kang nanti banyak lemak je daripada isi. hihi. Okay, itu sahaja lah cerita aya hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca. (✿◠‿◠)
p/s Pesanan ringkas dari aya, kalau cari vitamin tu pastikan vitamin tu ada reg. no (Contoh: MAL20021190XCR) supaya vitamin yg kita ambil tu diyakini selamat daripada Kementerian Kesihatan.
Haa, lagi satu nak bagi tahu ni, Bio-Life ni takde bayar apa-apa kat aya tau. Aya cuma nak kongsi satu rahsia yg hebat je. Hee. Bye2. --
Lagi Tips Cantik dan Sihat Di Sini.
♥ Nak kulit cantik & putih seluruh badan. Doctor pun recommend ♥
November and Disember Haul of 2015!!!
8 years ago
24 comments:
saya pon kurus :(
mmg nak naikkn berat tp ssh ! huhuh
ok nnt try search bnde ni. tq ;)
Geng la kita kan.try la cari.mmg berkesan tmbh selera mkn.tp yg aya prsn ade satu masa tu aya kerap mkn malam2 buta.berat aya naik byk jgk.
shera menghadapi masalah berat yang kurang erk?klo masalah gemuk ins shaa allah shida boleh tolong...hehehe
sebab shida ada jual produk FELLINA...untuk muka pon ada...nnt singgah la ke blog shida https:rashidahazran.blogspot.com untuk mengetahui tentang FELLINA.... :)
Hee..mslh utk kurus takde ye?.nnt shera jenguk blog shida. :)
done fulo.nice info
thank you dear elyna, i love entry form ur blog too. :)
Hai Sheera..thank you for following my blog..anyway i pun dah follow you..nice to know you..nak cakap...kamu sangat cantik la sheera..;)
Alahaii,malu la sy.. Dia lg cantik tau. Btw thank you dear. :)
untung la nk gemuk most girlz nk kurus...huhuhuhu...
hee.takdela nak gemok. just wanted BMI normal pun da ok. :)
Brapa lama eh. Perubahan selera mkn tu meningkat?
@Chimmy Boo tak lama pun. dalam 3-4 kali mkn, selera mkn akn meningkat. lps tu kalau brhenti mkn, 2 mggu lpstu selera mkn akan menurun semula.
Hihi... sbnrnye bnde ni tgok ksesuaian bdn... sy pon ade try b complex ni tp still same... klu metabolisma tggi... buat mcm mne pon sush nk naik.
Sesuai x untuk orang laki?
Sesuai tak untuk orang laki yg nak tambah selera makan?
Baru cari suppliment tmbh berat badan..thank ea..dah cube beli cam2 dah..tapi tak berjaya, harap yg ni berjaya..sy seorang dr jenis metabolisma tinggi, mkn dah byk tpi kurus gak, na kate bela saka,
xde pon...anyways, thanks...
hadapi masalah yg sme...kurus kering,tahap tiup angin leh terbang..
tinggi 153cm tp berat cume 34kg je...huhuhu...dh minum susu tp xbrkesan so nk cube B-Complex nie la plak...Thanks Aya...
wafa pn kurus jgk...tgh dilemma nk plih produk ap...brat 36 kilo je...
Executive bio B-Complex ok x erk??nk gmok jgk..brat x balane ngan BMI La..
Kalau mkn nie tk ade sideq effect ke lps tu? Mcm rasa nk mkn smpai muntah mcm tu,dh try mkn supplement, semua tnjuk kesan mcm tu
untuk lelaki bleh jgk ke??
untuk lelaki bleh jgk ke??
Lepas sekera makan turun, berat badan ikut turun jgk ?
kalau executive b brand kordels tu ok gak ker?
Post a Comment