Thursday, 6 December 2012

6 Tips Cantik yang Salah!

♥ Online shop serius murah! Top.Peplum.Dress semuanya RM29 je. Beli 3 percuma pos ♥

Assalamualaikum w.b.t. Sudah tentunya setiap orang mempunyai beberapa tips untuk cantik tapi pastikan tips yang anda praktikkan tersebut betul dan berkesan. 

cantik, salah, tips, amalan, jangan, lakukan, ikut

Di sini, beberapa info yang perlu anda tahu:

1. Ubat gigi menyembuhkan jerawat.
Memang betul ubat gigi boleh menyembuhkan jerawat tapi pastikan anda guna yang tanpa bahan pemutih kerana ubat gigi yang mengandungi bahan pemutih memberi iritasi kepada kulit. Info tambahan, seeloknya gunakan ubat gigi jenis "paste" dan bukan yg jenis "gel".

2. Kosmetik semulajadi elak alergi.
Bukan semua kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi sesuai untuk kulit anda. Jadi, sebelum mencuba komestik pada wajah, sapukan sedikit pada belakang telinga. Kalau terasa gatal dan merah-merah, itu menunjukkan kulit anda sensitif kepada bahan yang terdapat produk komestik tersebut.

3. Kulit kering punca kedutan
Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan kulit berkedut adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Jadi, pastikan anda menggunakan sunblock dengan spf yang tinggi supaya dapat melindungi kulit dengan lebih lama. Gunakan sunblock 20-30 minit sebelum keluar rumah bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit.

4. Rambut bercabang boleh diatasi dengan syampu.
Syampu semata-mata sebenarnya tidak dapat mengatasi rambut bercabang. Gunakanlah kaedah yang lebih mudah iaitu memotong hujung rambut yang bercabang dan mencegahnya dengan rawatan rambut yang lebih baik. Selain itu, jangan terlalu terdedah di bawah sinaran matahari dan sesekali lakukan rawatan creambath di salun.

5. Rambut mudah rosak jika dicuci setiap hari.
Mitos yang mengatakan bahawa mencuci rambut paling baik iaitu seminggu sekali adalah salah. Dalam persekitaran sekarang yang penuh dengan pencemaran, rambut yang dibiarkan tanpa dicuci selama seminggu, pasti akan membuat rambut semakin kusam dan rosak. Jadi, rajinlah bershampu dengan menggunakan shampu yang sesuai untuk digunakan sehari-hari.

6. Jangan gosok gigi terlalu kerap
Yang ni, aya dapat dari adik aya. Aya ada bertanyakan tentang mitos ubat gigi jika digunakan terlalu kerap*lebih 2 kali sehari boleh menyebabkan gigi rosak, tetapi adik aya cakap dentist ada beritahu dia yang ubat gigi sebenarnya hanya bahaya jika kita tertelan ubat gigi tersebut kerana ianya mengandungi fluorida yang berbahaya kepada organ badan. Jadi, jangan risau untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan. :)

Semoga sentiasa cantik dan sihat. :) .Assalamualaikum.

14 comments:

cik mun said...

ooo..baru tahu..

Zhura Zainal said...

Nice info..Bole amalkan. =)
Tq,dear.

Sheera Aya said...

Pleasure :)

cahaya said...

info yg best :)

Sheera Aya said...

thanks love :)

Miza Yusof said...

tips berguna. sedikit sebanyak yang pernah cuba dan dengar tapi tak pasti benar atau tidak. terima kasih berkongsi :)

Sheera Aya said...

tu lah, byk tips tp taktau kesasihannya. :)

ejulz said...

tips rambut gugur xde ke? hehe

Sheera Aya said...

takdela buat masa ni.nnt dah ade sy inform :)

Jia Rizaira said...

info yg berguna....

Sheera Aya said...

Thank for reading :)

Dunia Wilma said...

Nice info ^_^ Thanks for sharing it Sis...

Jobs View said...

salam..info yg bagus..

Hasri Anis said...

nice sharing ^__^

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.