Kalau korang nak tahu dan tambah info, meh aya share sikit cerita sayur kegemaran aya ni:
Kacang panjang kaya dengan nutrisi harian dalam bentuk beta karoten, klorofil, protein, riboflavin, serat, zat besi, vitamin B1,B2,B6, folat, tembaga*tembaga pun ada ye. hebat. hihi. ok sambung, pastu ada magnesium, mangan, potasium, zink dan slenium. Okay, tu semua element2/metal dalam periodic table yg aya belajar masa sekolah dulu. Bukan hanya manfaat dari pelbagai nutrisi baik, kacang panjang juga bebas dari kandungan lemak jahat dan juga kolestrol. *Ulangan, lemak jahat dan kolestrol ye. Best tu bagi sesiapa yg tengah on diet.
Antara kehebatann sayur ciptaan Allah ni ialah:
1. Membantu mengurangi risiko strok, serangan jantung, dan darah tinggi
2. Mencegah sembelit dan cirit birit.
3. Meningkatkan kesihatan seluruh organ tubuh
4. Menjaga kehalusan kulit dari dalam. * Patutla kulit aya halus je. hee. Perasan. :D
5. Menurunkan risiko kanser payudara, anemia dan leukimia.
6. Membantu menghasilkan sel darah merah yg sihat
7. Menghindari sakit punggung
Little things you can do to make a difference to this world.
p/s Sedapnya kacang panjang masak tumis udang ni. YUMMY!.

2 comments:
wah macam sedap :)
mmg sedap. *favorite :)
Post a Comment