Wednesday, 12 December 2012

Tips Hindari Kaki Kejang

Sebenarnya, kekejangan kaki berpunca daripada kekurangan kalsium dan terlalu banyak fosforus. Selain itu, ia juga disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik. 
Jika anda mengalami kekejangan kaki/ cramp terutamanya selepas bangun tidur, langkah pertama yang harus anda buat ialah dengan meluruskan kaki dan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut supaya peredaran  darah menjadi lebih baik.


Antara perkara lain yang perlu anda buat untuk mengelak daripada mengalami kejang kaki ialah: 

1. Bersenam secara berkala.

2. Mengutamakan makanan yang kaya dengan Vitamin B, roti dan hati.

3. Mengamalkan minum 2 gelas susu setiap hari tapi INGAT tidak melebihi 2 gelas susu kerana ia menyebabkan badan berlebihan fosforus. 

4. Makan sesuatu yang masin pada setiap petang kerana anda mungkin kekurangan garam di tengah hari kerana cuaca yang sangat panas (berpeluh). 

5. Ketika bangun tidur, jangan terus bangun secara mengejut sebaliknya mengiringkan badan terlebih dahulu kerana selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari.

p/s Cara yang aya selalu buat bila cramp ialah terus berdiri dan hilanglah cramp tu. Ataupun luruskan kaki sahaja pun dah cukup sebenarnya.


7 comments:

nasriz fardisza said...

tq share info nie...

Sheera Aya said...

@nasriz fardisza pleasure dear :)

cik mun said...

dulu2 slalu jgak cramp ni..

MeMe said...

agak berguna post ni..tq tq

Sheera Aya said...

@cik mun aya rasa aya baru 2 kali je kot penah cramp. tp aya perasan ade org yg selalu cramp kan, so aya share la info ni.hee

secret of us said...

saya selalu kakalu duduk bersila lame..mula kejang..^^thanks yer sharing info..atleast langkah berjaga-jaga^^

Sheera Aya said...

@secret of us mmg ade org yg senang cramp kan. thank you for reading nwy :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.