Sunday 23 December 2012

Tips Mencuci Berus Make Up

♥ Online shop serius murah! Top.Peplum.Dress semuanya RM29 je. Beli 3 percuma pos ♥

Jangan gunakan berus solekan yang kotor kerana ianya boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kulit!. Takut tak?. HEE. Meh sini aya ajar share tips cara-cara nak bersihkan berus solekan supaya terjamin bersih dan selamat digunakan. ^_^

Bahan yang perlu ada: Air suam, syampu bayi, tea tree oil

Cara-cara:
1. Cuci berus dengan air suam. Ambil semangkuk air suam dan tambahkan satu sudu syampu bayi dan 3@4 titis tea tree oil.
2. Masukkan berus ke dalam mangkuk tersebut dan kocakkan/ bersihkan selama lebih kurang seminit atau lebih.
3. Keringkan berus dengan meletakkannya di atas tuala/ kain yang kering dan bersih.

Jika korang takde syampu bayi ataupun tea tree oil tu, basuh dengan air suam pun dah memadai tapi aya selalu gantikan syampu dan tea tree oil tu dengan sabun anti bakteria. :)

p/s syampu membantu mencuci segala solekan dan menanggalkan minyak yang melekat di berus, manakala tea tree oil berfungsi sebagai anti bakteria.

Lagi Tips Cantik dan Sihat Di Sini. :)
♥ Online shop serius murah! Top.Peplum.Dress semuanya RM29 je. Beli 3 percuma pos ♥

2 comments:

Nurul@km@l said...

tak ada berus make up. kalau cuci span compact powder guna cara yang sama boleh kot ek

Unknown said...

@nurulakmal sure boleh dear. sama je :)

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.